Pada
awalnya, para sahabat Nabiyul Ummi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa
sallamjika berpuasa dan hadir waktu berbuka mereka makan serta menjima'i
isterinyaselama belum tidur. Namun jika seseorang dari mereka tidur
sebelum menyantapmakan malamnya (berbuka), dia tidak boleh melakukan
sedikitpun perkara-perkaradi atas. Kemudian Allah dengan keluasan
rahmat-Nya memberikan rukhshah(keringanan) hingga orang yang tertidur
disamakan hukumnya dengan orang yangtidak tidur. Hal ini diterangkan
dengan rinci dalam hadits berikut.
Oleh : Ustadz Rasul Dahri
Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si Mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si Mati. Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat banyak fatwa-fatwa dari Imam Syafi'i rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syafi'i telah mengharamkan dan membid’ahkan perbuatan atau amalan yang menjadi tajuk perbincangan dalam tulisan ini.
